PERKHIDMATAN SOKONGAN PSIKOLOGI COVID-19 KAKITANGAN DAN PELAJAR PERUBATAN PPUKM

Wabak Boleh Mengakibatkan Gangguan Kesihatan Mental

Kepada Petugas Yang Terlibat

ANDA ADA GEJALA - GEJALA BERIKUT?

Perasaan sedih yang berpanjangan

Perasaan gelisah yang tidak mampu dikawal

Stres, terlalu letih dan 'burnout' akibat waktu kerja yang panjang dan tidak menentu

"Kita Atasi Bersama"

Ayuh bersama, kita bermunajat kepadaNya!

Pautan Penting Semasa Wabak Covid-19

Berikut merupakan beberapa pautan penting semasa wabak Covid-19 yang anda boleh gunakan. Semoga bermanfaat!

Kit Lengkap Penjagaan Kesihatan Mental

Beberapa kit yang anda boleh muat turun untuk anda digunakan agar kesihatan mental anda tetap dalam keadaan yang baik semasa wabak.

PERTOLONGAN CEMAS PSIKOLOGI

Fahami lebih lanjut tentang apa itu pertolongan cemas psikologi dan kenapa ia penting ketika wabak sedang berlaku.

TELEGRAM BANTUAN PSIKOLOGI

Dapatkan notifikasi terkini tentang Perkhidmatan Sokongan Psikologi COVID-19 dalam aplikasi Telegram anda.

TALIAN BANTUAN

Senarai talian bantuan yang penting berkaitan kes Covid 19 atau kesihatan mental umumnya sama ada dalam HCTM atau seluruh negara.

Soalan soalan Lazim

Berkaitan Perkhidmatan Sokongan Psikologi COVID-19 Kakitangan PPUKM

Apakah perkhidmatan sokongan psikologi yang disediakan oleh Jabatan Psikiatri HCTM?

Bantuan psikologi yang disediakan adalah berasaskan konsep ‘Psychological First Aid.’

Kami sedia maklum dalam situasi yang sukar berdepan dengan pandemik COVID19, pastinya akan ada kakitangan kesihatan hospital akan menghadapi gangguan emosi seperti stres, kerisauan berlebihan, panik, kemurungan dan sebagainya.

Jadi kami akan memberi perkhidmatan kaunseling dan cuba membantu anda dalam menangani emosi-emosi tersebut.

Siapa yang akan menganggotai pasukan perkhidmatan sokongan psikologi yang disediakan oleh Jabatan Psikiatri HCTM?

Pasukan kami terdiri daripada kaunselor-kaunselor berpengalaman, Pegawai Perubatan Jabatan Psikiatri, Pakar Psikiatri dan juga Pakar Klinikal Psikologi.

Apakah kriteria kelayakan untuk saya menerima bantuan psikologi ini?

Perkhidmatan ini adalah khusus untuk kakitangan kesihatan Hospital Tuanku Canselor Muhriz.

Kami bersedia memberikan sokongan psikologi sekiranya anda memerlukan tanpa menetapkan sebarang kriteria rujukan.

Tetapi kami mohon anda nyatakan secara jujur status kontak dan perjalanan anda kerana maklumat ini penting bagi kami mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk membantu anda

Bagaimana saya boleh mendapatkan perkhidmatan ini?

Anda boleh membuat panggilan di talian 019-5151714 atau menghantar teks secara ‘whatsapp’ di 010-3432861.

Talian ini hanya aktif sewaktu waktu pejabat 8am -5pm.

Untuk kes kecemasan di luar waktu pejabat, hubungi 03-91457135 / 7138.

Adakah saya dikira sebagai pesakit psikiatri sekiranya saya mendapatkan bantuan psikologi dari Jabatan Psikiatri ini?

Tidak semestinya anda didaftarkan sebagai pesakit psikiatri sekiranya anda dirujuk kepada pasukan kami.

Gangguan emosi yang dihadapi sewaktu COVID 19 ini merupakan sesuatu yang kerap berlaku terutama di kalangan kakitangan kesihatan yang bertindak sebagai ‘frontliner.’

Kami akan melakukan kaunseling asas dan penilaian yang sewajarnya kepada setiap klien yang dirujuk.

Hanya sekiranya ada indikasi, baru anda akan dirujuk kepada pegawai perubatan dan didaftarkan sebagai pesakit.

Adakah saya akan memerlukan rawatan susulan atau ubat-ubatan?

Tidak semua klien yang dirujuk akan memerlukan ubat-ubatan atau rawatan susulan.

Kami akan membuat penilaian terlebih dahulu sebelum rujukan kepada pegawai perubatan dibuat.

Adakah penyelia atau ketua jabatan akan dimaklumkan sekiranya saya mendapatkan perkhidmatan ini?

Tidak.

Semua klien yang dirujuk akan dijaga kerahsiaan mereka melainkan timbul isu yang berkaitan keselamatan yang perlu diambil berat oleh pihak kami.

Adakah saya dikira mempunyai penyakit mental sekiranya markah ujian saringan PHQ/GAD/HAI tinggi?

Ujian-ujian saringan tersebut hanya untuk memberi gambaran kasar mengenai keadaan anda.

Kami tidak bergantung sepenuhnya kepada ujian tersebut dalam membuat diagnosa terhadap anda.