"Your Family

Your Story!"

Ada ahli keluarga yang disahkan mengidap penyakit mental?

Anda bimbang tentang kesihatan mental orang yang anda sayangi & tidak tahu bagaimana nak bantu?

Punya ahli keluarga yang menghidap penyakit mental adalah pengalaman yang menyakitkan....

dan bagi sesetengah orang, "MEMALUKAN!.

Rasa Keseorangan
Tak Puas Hati Dengan Ahli Keluarga Anda
Tak Puas Hati Dengan Diri Sendiri

Kadangkala anda rasa bahawa

"kenapa la Tuhan berikan ujian sebegini dalam hidup aku"

Stigma Masyarakat

Tambah tambah pula stigma terhadap penyakit mental sangat tebal dalam masyarakat kita.

Label

Yela.. Siapa nak dilabel sebagai "keluarga orang gila".

Tak Ada Tempat Nak Luah

Sebab orang sekeliling semua macam ni, dekat mana anda nak luah semua perasaan anda?

NAMUN BEGITU,

dalam lubuk hati anda, anda teringin sangat nak membantu.

Anda cuba yang terbaik untuk cari ayat yang betul, tetapi takut anda mungkin akan mengeluarkan kata kata yang salah....

... dan memburukkan lagi keadaan.

Betul....

Doktor boleh bagi nasihat & rawatan

Doktor boleh bagi nasihat dan rawatan kepada ahli keluarga anda

Namun...

Ahli keluarga lebih kenal siapa mereka yang sebenar di rumah.

Ahli keluarga hidup dengan mereka.

Sisi pandang sudah tentu tak sama.

MACAM MANA KALAU?

KALAU anda jumpa tempat untuk bercakap dengan orang yang berada dalam situasi yang sama,

belajar cara menanganinya dan bincang cara yang terbaik ....

untuk bantu ahli keluarga yang anda sayangi?

Sebab itulah kami wujudkan...

PROGRAM FAMILY SUPPORT GROUP

Apa Yang Bakal Anda Dapat Dengan Program Family Support Group?

TEMPAT PERTEMUAN

Ia ialah tempat untuk ahli keluarga bertemu, berkongsi pengalaman mereka dan menerima sokongan daripada orang lain.

RASA TIDAK KESEORANGAN

Apabila seseorang berasa keseorangan, mengetahui bahawa ada orang lain yang menghadapi pengalaman yang sama dengan mereka adalah satu kelegaan yang besar.

KAKITANGAN PROFESSIONAL

Anda akan bertemu orang lain yang berada dalam situasi yang sama. Anda juga boleh bercakap dengan kakitangan profesional yang ada untuk membantu anda.

SERTAI SEKARANG SELAGI TEMPAT MASIH ADA

TAWARAN TERHAD

RM100

SAHAJA


8 Minggu Sesi Live Bersama Pegawai Perubatan
Akses Rakaman Bagi Setiap Sesi
Nota dan Workbook bagi setiap topik yang dibincangkan
Peluang berkenalan dengan keluarga baru
Tidak ada had bilangan ahli keluarga yang boleh menyertai
Peluang menjadi jurubicara kesihatan mental bagi HCTM
Sijil Penyertaan

FAQ

Ada Yuran Penyertaan Tak?

Ada. Sekarang ini, kami ada tawaran RM100 untuk 'unlimited' ahli keluarga yang ingin menyertai.

Ada bayaran ansuran tak?

Dalam situasi ekonomi yang tak menentu, kami faham jumlah bayaran itu bukan kecil bagi sesetengah pihak. Jika anda ada kekangan dari sudut kewangan, boleh hubungi pihak kami untuk maklumat lanjut. KLIK SINI UNTUK HUBUNGI PIHAK KAMI

Berapa Lama Program ni?

Selama 8 minggu minimum

Kena datang secara fizikal ke, secara online?

Buat masa sekarang, kelas akan diadakan secara online akibat pandemik yang melanda seluruh dunia. Akan datang, ia mungkin akan diubah kepada kelas fizikal.

Kalau saya tak sempat hadir, ada rakaman tak?

Ada insyaAllah!

© All Copyrights 2021 by Team Bertabahlah