IRYS merupakan sebuah platform bagi membantu klien menguruskan permasalahan kesihatan mental mereka dengan sendiri. Ia adalah salah satu initiatif Jabatan Psikiatri HCTM dalam membantu klien berkonsepkan ‘self-help’.
Ini selaras dengan konsep pemulihan atau ‘recovery’ dimana klien, dengan input yang minima dari pekerja kesihatan mental dapat menguruskan sendiri permasalahan terutamanya berkaitan dengan emosi atau kesihatan mental.
Justeru, klien dapat memanfaatkan IRYS untuk membantu mereka menguruskan emosi dalam menghadapi saat-saat sukar tanpa sebarang intervensi bersemuka di klinik atau hospital.
Namun harus diingatkan, sekiranya permasalahan adalah serius atau tidak dapat dibantu oleh IRYS, hendaklah mendapatkan bantuan profesional dengan kadar segera.